search engine

Tuesday 11 June 2013

memborong di China ??

Salam.. Memborong di China.??..mungkin ramai yang belum kenal lagi tentang satu lagi punca perniagaan serba menguntungkan ini. Mulanya penulis tak berapa minat sangat tentang bisnes barang dari luar Negara ni, maklumlah, agak sukar untuk mencari modal yang besar bila sebut saja pasal barangan luar Negara. Ternyata pandangan penulis amat melesat..rupanya memborong di Negara tembok besar ini sebenarnya amat berbaloi sekiranya kita mengetahui cara dan panduan betul untuk memborong di sini. Kawan penulis sendiri sudahpun banyak menjadi tauke-tauke kedai sekarang ni. Pernah suatu hari penulis berpeluang bersembang dengan rakan karib yang sudah agak lama berkecimpung dalam memborong di China. Beliau berkongsi cerita dan pengalaman tentang bisnes handphone yang beliau usahakan hamper dua tahun.Menurut beliau,pada mulanya beliau hanya menjual assessories handphone seperti leather cover,casing,battery dan beberapa assesories yang lain.Untuk menjual set handphone pada masa itu memerlukan modal yang tinggi..Hinggakan akhirnya beliau mencari mencari peluang untuk pergi ke China untuk memborong.Kebetulan Airasia menawarkan promosi tiket murah untuk penerbangan ke Ghoungzhou.. Suatu perkara yang amat mengejutkan beliau ialah..harga assessories handphone jika diborong di China ternyat amat murah. Satu casing handphone yang dijual pada harga RM20 di Malaysia Cuma bernnilai RM0.80!!..( ia m merungkai rahsia mengapa banyak toke-toke kedai hanphone menjadi jutawan, sebab jual assessories saja!)..masuk akal kan.. Peniaga-peniaga Cina di Malaysia sudah lama ke negara China untuk mengambil tproduk dari sana dan dijual di negara kita. Lambakan barangan dari Negara China sangat ketara kerana China sudah menjadi Negara perindustrian utama dunia. Seluruh dunia bertumpu ke sana termasuk jenama-jenama besar antarabangsa seperti IKEA. Ini kerana kos menghasilkan sesuatu produk di China adalah jauh lebih murah. Peluang di sana amat besar dan amatlah rugi jika usahawan Melayu Islam tidak mengambil peluang membeli borong dari China. Masih ramai peniaga Muslim mengambil produk dari pemborong di Malaysia dengan harga yang tinggi dan margin keuntungan sangat kecil. Ada  yang mengeluh untuk dalam meneruskan bisnes masing-masing kerana pulangan yang minima. Fenomenan ini kerap berlaku terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil dan peniaga sambilan yang menjual produk di kedai-kedai online. Selamat memborong……………… VIDEO MEMBORONG DI CHINA

No comments:

Post a Comment