search engine

Wednesday 21 September 2011

terubuk..terubuk..terubuk..


Ikan terubuk sarawak amat terkenal kerana spesis terubuk yang didapati di lautan sekitar sarwak mempunyai rasanya lemak dan unik,ia menjadi pilihan pengemar makanan laut hinggalah sekarang.
"Ikan Terubuk Masin" adalah salah satu daripada makanan yang digemari oleh kalangan ramai terutamanya di Sarawak.Rasa Ikan Terubuk Masin memang lain daripada yang lain.Jikalau cara masakan kene dengan ramuannya PERGH...Mesti anda nak tambah nasi ataupun menjilat jari.Cuba anda bayangkan mahupun renungkan seketika..Ikan Terubuk Masin mengandungi lemak laut yang berprotin tinggi dan dicecah dengan asam pedas atau sambal asam mahupun digaul bersama nasi.Nak meleleh air liur aku... :)

Pembeli,pembekal dan pengemar tegar ikan terubuk sarawak silalah terus menguhubungi/sms kami di talian: 019-8480179.

kami akan menghantar terus melalui pos ke alamat anda,caj penghantaran adalah mengikut kadar dan jumlah ikan yang ditempah.

Resepi Terubuk Masin Goreng Garing

salah satu resepi ikan terubuk kegemaran...sgt sesuai utk hidangan tengahari dan juga makan malam. Garing dan sedap dimakan ketika panas2 lg dgn nasi panas...pasti bertambah2...bg sesape yg belum pernah mencuba tp teruja, silalah cuba...

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

1 ekor ikan terubuk masin (saiz M)
2-3 sb tepung jagung
5 biji cili api (dihiris)
4 biji limau kasturi (dibelah dua)
minyak utk menggoreng

Cara-cara


Ikan terubuk dipotong bbrp kepingan (ikut suka) dan direndam terlebih dahulu (10-15 minit) utk mengeluarkan garam yg berlebihan.

Kemudian ikan dicuci bersih dan dilap kering. Salutkan dengan tepung jagung. Biarkan seketika.

Panaskan minyak dengan api perlahan. Apabila sudah panas, masukkan ikan satu persatu dan goreng sehingga betul-betul garing (goreng lama sikit tp jgn sampai hangus).
Apabila sudah masak, angkat dan toskan. Susunkan ikan di dalam pinggan hidangan. Perahkan limau kasturi dan taburkan hirisan cili api di atasnya.